Wednesday, March 2, 2016

Contoh Peranan individu Dalam Keluarga


 Antara peranan individu dalam keluarga ialah:


1)Memberikan Kasih sayang


  • Kasih sayang memberi pengaruh besar dalam kehidupan seseorang. Kasih sayang merupakan satu cetusan emosi terhadap sesuatu atau seseorang. Ia melibatkan Susana, sikap dan harapan seseorang atau sesatu yang lain. Cara menujukkan kasih sayang antaranya ialah dengan melalui perlaksanaan tanggungjawab. Jangan menyumbunyikan perasaan cinta dan kasih sayang dan perasaan itu perlulah disokong melalui sentuhan, belaian dan pemahaman yang ikhlas.





2)Mengambil berat kebajikan isteri/suami anak-anak


  • Berusaha mengulang masa bersama supaya dapat memahami masalah dan kemahuan keluarga dan cuba mengatasinya. Mengetahui keperluan dan kehendaki isteri, suami dan anak-anak serta cuba memenuhi berdasarkan keupayaan dan kemampuan.




3)Mengingati tarikh-tarikh penting dalam keluarga


  • Berusaha mengingati tarikh-tarikh istimewa setiap ahli keluarga seperti ulang tahun perkahwinan, hari lahir dan sebagainya.






4)Membeli keperluan bersama-sama


  • Ahli keluarga mesti membeli barang keperluan bersama-sama supaya dapat membahagikan kerja. Ini juga tidak akan menyusahkan seseorag individu sahaja.





5)Saling bantu–membantu


  • Ahli keluarga perlu saling membantu dalam berbagai perkara seperti penyediaan makanan, mencuci pinggagn mangkuk dan lain-lain. Dalam hubungan ini akan menimbulkan kemesraan dalam keluarga.




6)Menyediakan tempat tinggal dan pakaian


  • Semasa perayaan, seseorang individu boleh menyediakan pakaian ahli keluarga dan juga menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk keluarga dan membentuk susana yang ceria.




7)Sentiasa membimbing anak-anak


  • Sentiasa membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah, berbincang tetang pelajaran anak-anak dan menyamuk buku latihan pelajaran anak-anak.




8)Memberi motivasi kepada anak-anak


  • Menunjukkan rasa kagum dan bangga jika anak-anak mendapat markah yang tinggi atau kepujian dalam ujian atau peperiksaan di sekolah,ini akan menambahkan lagi keyakinan anak-anak. Berikan pujian untuk menguatkan lagi semangatnya untuk belajar dan mencapai kejayaan.




9)Memberikan contoh teladan yang baik


  • Perlu ada model yang boleh dijadikan cotoh untuk diteladani oleh anak-anak dan model yang terbaik ialah ibubapa itu sendiri.




10)Menghormati orang yang lebih tua


  • Berbicara dengan sopan dan lemah lembut serta sentiasa merendahkan diri, suara dan pandangan mata sewaktu berbicara. Meminta izin sebelum melakukan sesuatu seperti sewaktu hendak keluar rumah. Berusaha memenuhi permintaan orang tua mengikut kemampuan diri dan tidak menyinggung perasaan mereka.


No comments:

Post a Comment