Monday, March 7, 2016
Pengenalan Ahli Kumpulan
Hello^_^Selamat Datang ke blog kami... Kami Pelajar Dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Kumpulan kami ialah Kumpulan DEB2B. Ia terdiri daripada 3 ahli kumpulan iaitu : Ng Wen Sheng, Subasini a/p Shunmugam dan Ketseri a/p Aibau
Saturday, March 5, 2016
Definisi Keluarga
Menurut Kamus Dewan (DBP), keluarga merupakan orang yang mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain. Peranan individu terhadap keluarga mempunyai banyak cabang seperti tanggungjawab terhadap ibu bapa. Seorang anak bertanggungjawab mematuhi, menghormati dan membantu ibu bapanya. Jika individu berkenaan seorang bapa, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk memberi perlindungan, nafkah. kasih sayang dan didikan kepada anak dan isterinya. Individu berkenaan dalam membentuk ahli keluarganya.
Keluarga adalah unit terkecil dari masyarakat. Terdiri daripada 2 orang atau lebih. Adanya ikatan perkahwinan atau pertalian darah di antara sesama anggota keluarga.
Thursday, March 3, 2016
Peranan Individu Dalam Keluarga
Peranan Individu Dalam Keluarga
Peranan keluarga menggambarkan satu set perilaku antar pribadi, sifat, kegiatan yang berkaitan dengan peribadi dalam kedudukan dan situasi tertentu. Peranan peribadi dalam keluarga didasari oleh harapan dan pola perilaku dari keluarga, kelompok dan masyarakat.Berbagai peranan yang terdapat dalam keluarga adalah sebagai berikut:
Ayah sebagai suami dari isteri dan ayah dari anak-anaknya, berperanan sebagai pencari nafkah, pendidik, pelindung dan pemberi rasa aman, sebagai kepala keluarga, sebagai anggota dari kumpulan sosialnya serta sebagai ahli dari kumpulan sosialnya serta sebagai anggota masyarakat dari lingkungannya.Sebagai isteri dan ibu dari anak-anaknya, ibu mempunyai peranan untuk mengurus rumah tangga, sebagai pengasuh dan pendidik anak-anaknya, pelindung dan sebagai salah satu kumpulan dari peranan sosialnya serta sebagai anggota masyarakat dari lingkungannya, disamping itu juga ibu dapat berperanan sebagai pencari nafkah tambahan dalam keluarganya .Anak-anak melaksanakan peranan psikosial sesuai dengan tingkat perkembangannya baik fizikal, mental, sosial, dan spiritual.

Antara peranan individu dalam keluarga ialah :
i. Memberi kasih sayang
ii. Saling bantu-membantu
iii. Mengingati tarikh-tarikh penting dalam keluarga
iv. Menghormati orang yang lebih tua
v. Menyediakan tempat tinggal dan pakaian
Wednesday, March 2, 2016
Tanggungjawab Individu Dalam Keluarga
Tanggungjawab Individu Dalam Keluarga
Tanggungjawab ialah peranan yang harus dilakukan oleh setiap individu terhadap keluarganya untuk memastikan keluarganya bahagia dan juga menjaga imej serta maruah keluarga. Bagi membentuk sebuah keluarga bahagia,setiap anggota keluarga hendaklah mengetahui peranan masing-masing.Bapa,ibu dan anak hendaklah mengetahui dan memainkan peranan masing-masing dengan jujur dan ikhlas.Apabila semua ahli dalam keluarga dapat memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing,sudah tentu ini akan memudahkan pentadbiran sebuah keluarga.
PERANAN BAPA:
1. Menjadi pemimpin dan ketua keluarga
2. Memberi nafkah kepada keluarga
3. Menyediakan tempat perlindungan.
4. Menyediakan makanan dan pakaian yang mencukupi.
5. Memberi perlindungan kepada anggota keluarga.
6. Menyediakan kemudahan pendidikan kepada anak-anak.
7. Memberi kasih sayang kepada anggota keluarga.
8. Menjadi "role model" yang baik kepada anak-anak.
PERANAN IBU:
1. Membantu bapa mengurus dan memimpin keluarga.
2. Menguruskan makan dan minum untuk anggota keluarga.
3. Menyediakan keperluan untuk anggota keluarga.
4. Memberi kasih sayang kepada anak-anak
5. Mendidik dan mengasuh anak-anak.
6. Membantu bapa dalam membuat sesuatu keputusan.
7. Merancang perbelanjaan keluarga.
8. Memastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih.
9. Menjadi "role model" yang baik kepada anak-anak.
PERANAN ANAK :
1. Sentiasa menghormati ibu dan bapa.
2. Sentiasa menolong ibu dan bapa.
3. Sentiasa menyayangi kedua ibu dan bapa.
4. Menjaga nama baik keluarga.
5. Mendengar nasihat dari ibu dan bapa.
6. Berusaha membahagiakan kedua ibu bapa.

Contoh Peranan individu Dalam Keluarga
Antara peranan individu dalam keluarga ialah:
1)Memberikan Kasih sayang
- Kasih sayang memberi pengaruh besar dalam kehidupan seseorang. Kasih sayang merupakan satu cetusan emosi terhadap sesuatu atau seseorang. Ia melibatkan Susana, sikap dan harapan seseorang atau sesatu yang lain. Cara menujukkan kasih sayang antaranya ialah dengan melalui perlaksanaan tanggungjawab. Jangan menyumbunyikan perasaan cinta dan kasih sayang dan perasaan itu perlulah disokong melalui sentuhan, belaian dan pemahaman yang ikhlas.
2)Mengambil berat kebajikan isteri/suami anak-anak
- Berusaha mengulang masa bersama supaya dapat memahami masalah dan kemahuan keluarga dan cuba mengatasinya. Mengetahui keperluan dan kehendaki isteri, suami dan anak-anak serta cuba memenuhi berdasarkan keupayaan dan kemampuan.
3)Mengingati tarikh-tarikh penting dalam keluarga
- Berusaha mengingati tarikh-tarikh istimewa setiap ahli keluarga seperti ulang tahun perkahwinan, hari lahir dan sebagainya.
4)Membeli keperluan bersama-sama
- Ahli keluarga mesti membeli barang keperluan bersama-sama supaya dapat membahagikan kerja. Ini juga tidak akan menyusahkan seseorag individu sahaja.
5)Saling bantu–membantu
- Ahli keluarga perlu saling membantu dalam berbagai perkara seperti penyediaan makanan, mencuci pinggagn mangkuk dan lain-lain. Dalam hubungan ini akan menimbulkan kemesraan dalam keluarga.
6)Menyediakan tempat tinggal dan pakaian
- Semasa perayaan, seseorang individu boleh menyediakan pakaian ahli keluarga dan juga menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk keluarga dan membentuk susana yang ceria.
7)Sentiasa membimbing anak-anak
- Sentiasa membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah, berbincang tetang pelajaran anak-anak dan menyamuk buku latihan pelajaran anak-anak.
8)Memberi motivasi kepada anak-anak
- Menunjukkan rasa kagum dan bangga jika anak-anak mendapat markah yang tinggi atau kepujian dalam ujian atau peperiksaan di sekolah,ini akan menambahkan lagi keyakinan anak-anak. Berikan pujian untuk menguatkan lagi semangatnya untuk belajar dan mencapai kejayaan.
9)Memberikan contoh teladan yang baik
- Perlu ada model yang boleh dijadikan cotoh untuk diteladani oleh anak-anak dan model yang terbaik ialah ibubapa itu sendiri.
10)Menghormati orang yang lebih tua
- Berbicara dengan sopan dan lemah lembut serta sentiasa merendahkan diri, suara dan pandangan mata sewaktu berbicara. Meminta izin sebelum melakukan sesuatu seperti sewaktu hendak keluar rumah. Berusaha memenuhi permintaan orang tua mengikut kemampuan diri dan tidak menyinggung perasaan mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)