Saturday, February 27, 2016

Kesan Negatif Pengabaian Tanggungjawab Oleh Anggota Keluarga


  • Keperluan anak-anak akan terabai dari segi pelajaran dan keperluan asas.
  • Perselisihan faham antara ibu bapa.
  • Anak-anak ketandusan kasih-sayang.
  • Hubugan antara ibu bapa dan anak-anak akan menjadi buruk.


Thursday, February 25, 2016

Kesimpulan-Keluarga Bahagia

Kesimpulannya,jika semua ahli keluarga tahu tentang peranan dan tanganggungjawab masing-masing. Maka keluarga bahagia akan dilahirkan...Keluarga bahagia ialah sebuah keluarga yang mampu menyelesaikan masalah keluarga dengan berbincang atau menyelesaikannya dengan cara yang baik. Ahli keluarga juga hendaklah saling memahami antara satu sama lain. Bahagia atau derita kehidupan sesebuah keluarga bermula dari rumah. Perkataan BAHAGIA melambangakan sesuatu yang indah dan menyeronokkan. Kebahagiaan boleh dihubungkaitkan bukan sahaja dengan tingkat pencapaian kebendaan tetapi lebih menekankan kepada rasa keseimbangan yang mendalam terhasil dari jiwa  yang tenang.






Setiap manusia menginginkan sebuah keluarga yang bahagia apabila sudah berkahwin. Keluarga merupakan institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat.
Walaupun suami atau bapa merupakan ketua kepada sebuah keluarga dan menjadi tanggungjawab mereka untuk melaksanakan tugas memimpin keluarga. Namun anda sebagai isteri atau ibu haruslah sama-sama memainkan peranan dan membantu suami anda memimpin keluarga. Pastinya kehidupan anda akan lebih tenang sekiranya keluarga yang anda bina adalah keluarga yang bahagia.






Antara Ciri ciri Keluarga Bahagia :

  1. Menginap dalam rumah yang selamat dan sempurna.
  2. Mempunyai pendidikan yang mencukupi.  
  3. Mengamalkan cara hidup sihat seperti makan secara sihat, bersenam, tidak merokok dan tidur yang mencukupi.
  4. Berkomunikasi dan berinteraksi secara positif.
  5. Menunaikan peranan dan  tanggungjawab masing-masing.
  6. Mempunyai sumber pendapatan yang mencukupi.
  7. Mengamalkan nilai agama dan moral.
  8. Mempunyai didikan agama
  9. Pergaulan yang penuh adab sopan / baik
  10. Merahsiakan masalah rumah tangggal
  11. Mendoakan kebaikan dan kebahagian keluarga.
  12. Mengambil berat masalah keluarga.
  13. Bersederhana.
  14. Kemantapan ilmu dan akal.
  15. Keluarga yang berakhlak mulia
  16. Sentiasa bersyukur.
  17. Merasa cukup dengan apa yang dimiliki